Tuesday, April 26, 2011

TANDA PASANGAN IKHLAS MENCINTAI

SUATU HARI ANDA TELAH DITANYA OLEH PASANGAN ANDA:"' AWAK SAYANG SAYA?".. HATI SIDIA MEMANG UNIK DAN SULIT DIMENGERTI. "TAKKANLAH SAYA TAK SAYANG AWAK, ANAK -ANAK YANG TUJUH ORANG TU TAK BOLEH JADI BUKTI KE?

Sebenarnya apa yang telah anda capai bersama pasangan sekarang ini masih jauh dari matlamat perkahwinan. Jangan berpuas hati dulu dengan kebahagiaan kini. bahkan anda mesti sentiasa berwaspada, boleh jadi anda berdua kurang ikhlas mencintai.. Keikhlasan boleh luntur sedikit demi sedikit kerana sikap negatif masing-masing. Hari-hari dalam perkahwinan bagaikan melihat jatuhnya "snow ball" yang mengutip satu-satu insiden buruk yang dilakukan kedua-dua pasangan. Bola salji itu semakin hari semakin besar dan akhirnya menghancurkan segala yang dibina. Tiada lagi keikhlasan mencintai satu sama lain, masing-masing telah berputusasa dan membiarkan sikap-sikap buruk pasangan menghantui diri.
Akibat hilang keikhlasan, hidup jadi berkat. Kasih sayang semakin luntur, hati anda menjerit: "Suamiku tak sayang lagi atau isteriku tak cinta lagi." Pelik tapi benar, ada isteri yang menyuruh suami mencari yang baru semata-mata kerana malas melayan karenah suami. Ada pula suami yang bosan hidup bersama lantas memisahkan diiri dari keluarga, menyibukkan diri dengan kerjaya , tidak mahu terlibat dengan urusan isteri dan anak yang selalu menyusahkan, kononnya. Perkahwinan itu memang masih wujud tapi tidak bahagia, hilang kemanisannya, menanti pecah dan terbelah.
Oleh itu setiap pasangan mesti meneliti hati masing-masing, adakah masih wujud keikhlasan dalam mencintai? Berikut tanda-tanda ikhlas dalam perkahwinan.

CINTAI DAN BENCI KERANA ALLAH S.W.T
Keikhlasan mesti dijaga, disemai dalam hati dan jangan dibiarkan mati. Suami dan isteri yang ikhlas berusaha mencintai kerana Allah. Mereka mengambil berat tentang 'Konsep kahwin untuk ibadah'. Misalnya ketika melayan karenah suami bukan kerana anda sayangkan atau takut dia mencari yang lain, tetapi dengan niat kerana mahukan keredaan Allah.
Suami yang mmberi nafkah pun beriktikad bahawa Allah yang mewajibkannya dengan hak isteri, apabila menyekat apa yang menjadi hak isteri maka dia telah berkhianat kepada Allah S.W.T. Dosa dan pahala hendaknya menjadi wali percintaan sepanjang masa.Mereka takut mengkhianati pasangan kerana takut kepada Allah S.W.T. Mereka saling menghormati dan menjaga hati kerana Allah, oleh itu Allah menyatukan hati keduanya.
Sebagaimana firman-Nya yang bermaksud; "Walaupun kamu mmbelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi nescaya kamu tidak dapat menyatukan hati mereka . Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Bijaksana." (Surah Al-Anfal ayat; 63)
SUSAH ATAU SENANG, CINTA TIDAK BERUBAH
Susah atau senang, sihat atau sakit, bahaya atau bahagia dijalani bersama dengan redha. Kadang-kadang apa yang kita anggap suatu keberuntungan boleh jadi membawa musibah, begitu juga sesuatu yang pada pandangan mata kasar adalah musibah namun ia membawa nikmat akhirnya.Semasa susah, suami dan isteri berganding bahu menggalas cabaran untuk berjaya. Apabila sudah berjaya masing-masing berubah sikap. Suami mula mencari cawangan baru, isteri pula mengada-ngada dengan perangai OKB(orang kaya baru)
Kalau diuji dengan kemiskinan mereka bersabar tetapi jika diuji dengan kekayaan jarang yang mampu bersabar. Ramai yang luntur iman jika hidup senang dan kembali ingat tuhan apabila hidup susah. Al-Quran telah merakamkan seksaan bagi kaum yang bermaksiatnketika hidup dipenuhi kesenangan.Firman Allah yang bermaksud; Maka tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kami pun membukakan semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka, sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, kami siksa mereka dengan serta merta. Maka ketika itu mereka terdiam berputus asa." (surah Al-An'am ayat;44)
Susah atau senang, hati mereka tidak pernah berubah, membajai cinta dengan iman dan takwa kepada Allah S.W.T.

BERDUA ATAU SENDIRI, TETAP SETIA
Pernahkah anda melihat seorang suami yang dihadapan isteri nampak alim, berbudi bahasa lagi bersopan. Tetapi apabila dia bersendirian barulah nampak belangnya, buas nafsunya bak buaya darat. Isteri pun apa bezanya, jika bersama suami suka memuji tetapi dibelakang suami selalu mengeji, mengaibkan perangai suami dalm majlis gosip sana-sini.Namun bagi pasangan yang ikhlas, tiada sifat munafik dalam diri mereka.Jika bersama semaraklah cinta,sendirian pun menggebu-gebu rindu dijiwa. Semakin lama terpisah semakin membeku kejujuran dalam hati mereka.
Jujur dan setia kepada pasangan hanya dapat dibuktikan oleh orang yang merasai kehadiran Allah S.W.T. Di mana saja dia berada, sesungguhnya Allah Maha Melihat, malaikat mencatat dan kitab sentiasa mengira hitungan pahala dan dosa.Berdua atau sendirian, tidak selamat tanpa hati yang merasai pengawasan Allah. Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud: "Seesungguhnya bumi menjadi saksi terhadap semua perbuatan manusia, baik lelaki mahupun perempuan,yang mereka lakukan di atasnya. Bumi mengatakan; Dia telah berbuat begini begitu pada hari ini dan hari itu. Inilah yang diberitakan bumi."(Hadis riwayat Imam Al-Tirmizi).
Semua di sekeliling kita menjadi saksi apa yang dikata oleh lisan, dirasa oleh hati, difikir oleh akal dan dihembus-hembuskan oleh hawa nafsu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...