Tuesday, April 26, 2011

Filem Kongsi - Lu Langsi Lu Mati

sinopsis Filem Kongsi:
Seorang pembunuh upahan dari Thailand iaitu TUMULAK diupah gangster Siam untuk membunuh ketua - ketua kongsi gelap Melayu, India & Cina dalam Malaysia bagi merampas kuasa dan perniagaan. Filem aksi komedi dengan tagline Lu Langsi Lu Mati mengisahkan penyiasatan ASP Shariff (Fizo Omar) terhadap kes pembunuhan di kalangan kumpulan kongsi gelap di Kuala Lumpur. Kumpulan daripada pelbagai bangsa itu menjadi huru-hara dengan kehadiran pembunuh upahan, Tumulak (Shaheizy Sam) yang melakukan pembunuhan untuk menebus hutangnya. Penyiasatan ASP Shariff dan Detektif Maya (Norliana Samsudin) dilakukan tanpa mengetahui siapa pembunuhnya dan sukar untuk mendapatkan maklumat kerana Tumulak licik dan bergerak sendirian. Segala ancaman dilakukan Tumulak sebenarnya didalangi Kimpedu (Zul Handyblack) yang mengupah Tumulak untuk menghuru-harakan kumpulan kongsi gelap kerana ingin menakluk kawasan Kuala Lumpur.Pada masa sama, Tumulak mempunyai dendam peribadi terhadap ASP Shariff. ASP Shariff juga diugut apabila anak dan isterinya diculik tetapi ia tidak mematahkan semangatnya menjalankan tugas.x sbar nye..nk tnggu ctew nie kuo kt pawagam..hehe =D

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...